Soalan Lazim

Syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku adalah seperti berikut:

  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Permohonan Rumah Jenis A: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,500.00;
  • Permohonan Rumah Jenis B: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM7,000.00;
  • Permohonan Rumah Jenis C: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM10,000.00;
  • Permohonan Rumah Jenis D, JENIS E DAN JENIS E KHAS: Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM14,500;
  • Pemohon hanya dibenarkan membuat pilihan 1 jenis rumah sahaja sama ada jenis A, B, C, D atau E semasa membuat permohonan;
  • Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual-Beli dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
  • Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut data permohonan yang masih SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan dari sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baru sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.

Diterbitkan pada 28-08-2023

Syarat kelayakan untuk memohon Kedai/Industri Mampu Milik adalah seperti berikut:

  • Pemohon dan pasangan merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan isi rumah hingga RM10,000 sebulan;
  • Pemohon tidak mempunyai sebarang jenis Hartanah Komersial (Kedai & Industri);
  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dari Perjanjian Jual Beli (Sale and Purchase Agreement) dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;